Thursday 29 August 2013

DONG ZONG KETERLALUAN

Kerajaan akan tetap melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada September ini walaupun mendapat tentangan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, tidak ada sebab badan itu harus menentang langkah kerajaan untuk transformasikan sistem pendidikan negara menerusi PPPM kerana ia langsung tidak menggugat kedudukan bahasa Cina dalam pendidikan negara.

"Dong Zong baru-baru ini buat konvensyen bantah pelaksanaan PPPM kerana katanya pelan ini hendak menghapuskan bahasa Cina. Saya cabar mereka untuk baca setiap inci ayat dalam PPPM, jika ada perkataan kita hendak hapuskan bahasa Cina, biar saya jawab, tidak ada.

"Tetapi entah macam mana agaknya ia menghantui mereka kononnya pelan ini suatu hari nanti akan menghapuskan bahasa Cina hanya kerana kerajaan mahu tingkat prestasi bahasa Melayu di sekolah kebangsaan.


"Kerajaan hendak tingkatkan mutu pelajaran di sekolah kebangsaan kerana memang sekolah kebangsaan bahasa pengantarnya Bahasa Melayu, jadi salah ke tindakan kerajaan itu," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan.

Muhyiddin berkata, pelan itu juga tidak mempunyai niat terselindung terhadap pengajaran bahasa lain dalam sistem pendidikan negara walaupun ada yang menganggapnya demikian.

Sehubungan itu, katanya sebagai kerajaan bertanggungjawab terhadap usaha membela perjuangan bahasa Melayu, pelan itu akan tetap dilaksanakan tanpa rasa terganggu, tergugat dan takut sedikit pun.

Katanya, kerajaan mahu semua kaum tidak kira Melayu, Cina, India, Orang Asli dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak masuk ke sekolah kebangsaan demi perpaduan kaum selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama di negara ini.

Beliau berkata, jika Malaysia tidak memberikan tumpuan kepada bidang ilmu, negara akan terus mundur dan tidak mampu bersaing dengan negara maju yang lain di dunia.

SUMBER : http://empayar-pemuda.blogspot.com/

20 comments:

  1. JADIKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan Alang J, Bahasa Melayu juga dijadikan 1 Bahasa Penyatu untuk semua.....yang tak boleh Berbahasa Melayu kenalah belajar sampai pandai........barulah BETUL!!. Ini nak sama taraf tapi bercakap pun tak boleh???

    ReplyDelete
  3. Apabila kepentingan dalam politik diutamakan maka pihak berkenaan hanya akan memikirkan perkara yg boleh menguntungkan satu pihak sahaja...pandangan menjadi sempit dan hanya menjurus ke satu sudut shj...sedangkan pihak KPM dlm melaksanakan plan ini telah mengambil kira pandangan drpd semua pihak...KPM harus sentiasa berani melaksana dan mempertahankan dasar yg dirancang tanpa perlu melayan semua kehendak sebelah pihak shj

    ReplyDelete
  4. Tidak kira apa kaum, kita adalah orang Malaysia. Orang Malaysia sewajarnya boleh berbahasa Melayu, Bahasa perpaduan, Bahasa penyatuan, Bahasa negara kita, Malaysia. Apabila kita berada di negara orang, kenalkan diri kita dari MALAYSIA

    ReplyDelete
  5. Sebagai rakyat Malaysia kita bukan sahaja setakat tahu berbahasa Melayu. Kita haruslah mahir berbahasa Melayu.

    ReplyDelete
  6. Bahasa Jiwa Bangsa...kita 1Malaysia

    ReplyDelete
  7. Sekadar renungan, kenapa perlu dilayan provokasi pihak berkenaan. Baiknya di M'sia setiap perancangan yang baik ttp perlaksanaan tergendala hanya dek melayan sangat permintaan ngo2 yg entah apa-apa ni. Inikan M'sia, bahasa kebangsaan Bahasa Melayu, dah termaktub pun dalam perlembagaan. Sebagai warganegara kena ikut la. Dapat sekolah vernacular pun tak tau nak bersyukur, nak lebih-lebih lagi. Pemimpin pun satu, mana ada Bahasa Malaysia, yg ada Bahasa Melayu. Dek nak perpaduan tukar la, apa hasilnya sekarang. Adake pihak sana tu nak bersyukur.

    ReplyDelete
  8. jangan hanya perjuangankan sesuatu kumpulan sahaja.....fikirlah untuk kebaikan nasional, untuk semua....................

    ReplyDelete
  9. ..cuba hayati dulu hasrat KPM.. jgn saja cari isu untuk keruhkan suasana saje.

    ReplyDelete
  10. Masih ramai yg tak fasih berbahasa Melayu walaupun ic dah lama dpt,,, kerajaan dah ujudkan sjkc & smkc,, masih nak mcm mcm lagi,, kalo nak semua dlm bahasa ibunda pi la hong kong ke,, taiwan ke, china ke... apa da,, mcm mcm dah dpt masih tak puas lagi..

    ReplyDelete
  11. Bang , orang hong kong dah tak sekolah china. tengok kat singapor cukup lah , lebih 85 % rakyat orang china tapi satu sekolah china kerajaan pun tak de.Kenapa la dong zhong ni tak mau tengok Prof Khoo Kay Kim , Prof Ridhuan Tee > Dr Lee Swee Tin dll. Mereka ni cakap melayu orang dah tak kenal melayu ke china , tak pelat langsung. Adakah ini mengurangkan identiti china mereka ?

    ReplyDelete
  12. Dong zhong ni tak reti berterima kasih dan pertubuhan yang perlu dihapuskan dari muka bumi malaysia ni...

    ReplyDelete
  13. Ini Malaysia oii.......Semua orang tahu berbahasa melayu.Tengok Indonesia.Kalau tak nak bahasa melayu chow chow la......

    ReplyDelete
  14. Bangla baru dtg 6 bln pon da pandai ckp melayu.... ini yg da lma beranak pinak di msia pon still x reti ckp melayu!!!

    ReplyDelete
  15. Ini Malaysia da....sepatutnya semua orang tahu berbahasa melayu. Sedih bila ada murid SJKC yang tak tahu perkataan "payung '.

    ReplyDelete
  16. Eloklah, ramai yg pandai cakap bahasa melayu nanti. X De la asyik nak speaking je... Mudah2an semangat perpaduan pun dapat dibentuk dgn baik semula.

    ReplyDelete
  17. Tak payah nak sibuk. Orang Melayu yg rosakkan bahasa melayu. Kejab bahasa melayu, kejab bahasa inggeris. Pejuang bahasa melayu apa jadi?

    ReplyDelete
  18. Pertahan Bahasa Melayu
    Pertahankan Ketuanan Melayu

    ReplyDelete
  19. Bahasa Cina bukan bahasa rasmi..
    Kalau tidak boleh gunakan bahasa Malaysia balik ke negara asal..

    ReplyDelete