Thursday, 1 August 2013
ISU KANTIN SK SERI PRISTANA : TIADA UNSUR PERKAUMAN
"SEMUA MURID GUNA BILIK PERSALINAN SEJAK MAC SELEPAS KANTIN DINAIK TARAF"
KUALA SELANGOR 25 Julai 2013 : Tiada unsur perkauman dan menyentuh sensetiviti agama dalam kes murid bukan Islam Sekolah Kebangsaan Seri Pristina (SKSP) di Sungai Buloh, diminta menggunakan bilik persalinan untuk makan dan minum.
Semua murid tanpa mengira bangsa menggunakan bilik itu sejak Mac lalu kerana kantin sedang dinaik taraf, namun kerana isu berkenaan dibangkitkan pihak tidak bertanggungjawab ketika Ramadhan, ia dilihat oleh pihak tertentu sebagai berunsur perkauman dan agama berikutan hanya murid bukan Islam sahaja yang menggunakannya.
Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata keputusan menggunakan bilik itu diputuskan dalam mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah awal tahun ini dan dipersetujui ibubapa yang hadir.
Anggap isu selesai
"Kita anggap isu ini selesai kerana murid sudah dibenarkan menggunakan kantin mulai semalam. Isu perkauman dan agama tidak timbul, hanya ketidak sesuaian bilik persalinan dijadikan kantin sementara. Guru Besar sudah meminta maaf kepada ibubapa dan memaafkan beliau tanpa prejudis",katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat SKSP semalam bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Ir. Mohizam Ibrahim; Pengarah Pelajaran Selangor Haji Mahmud bin Karim dan YDP PIBG sekolah Hussin Mohd Ariff.
Dalam pada itu Kamalanathan turut memberi sumbangan peribadi RM10,000 untuk kos menaik taraf kantin SKSP berkata, kemudahan itu perlu dinaik taraf kerana hanya mampu menanpung 500 hingga 600 murid, sedangkan jumlah keseluruhan murid adalah 1,300 orang.
Dakwaan murid makan dalam tandas tidak benar sama sekali, sebaliknya di bilik persalinan yang diubah suai pihak sekolah untuk dijadikan bilik rehat sejak Mac lalu.
Sumber : Berita Harian 25 Julai 2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya sokong 100% tuan Guru Besar Pristana.... suka-suka jer tuduh !!!!!!
buang yang keruh ambil yang jernih
ReplyDeletedah keruh semua, mana nak cari jernihhnyeee...
Deletemalang jika pendidikan pun nak dipolitikkan, bagaimana nak membina Negara bangsa....
ReplyDeleteMudah-mudahan perkara ini dapat diselesaikan secara berhemah....
ReplyDeletePenyelesaian secara berhemah adalah satu-satunya amalan yang baik
ReplyDeletekalau mahukan sebuah negara harmoni, kitalah yang perlu mengharmonikannya dan bukan orang lain...
ReplyDeleteSesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain - (Imam Syafie)
ReplyDeleteMalaysiaku Berdaulat. Tanah Tumpah Darahku. Bersama kekalkan keharmonian negara.
ReplyDeleteJgn rosakkan keamanan mlysia dgn isu2 yg negatif
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSyabas KPM dan semua yg terlibat,umpama menarik rambut dalam tepung,rambut tak putus tepung tak berselerak. Jangan ikutkan hati kelak kitakan rugi
ReplyDeleteMengalah bukan bererti kalah sebenarnya itulah sunnah nabi yang mulia disisi Allah agar silaturrahmi kekal terpelihara
ReplyDeletePemuafakatan menjamin keharmonian semua pihak.
ReplyDeleteCari jalan menyelesaikan masalah, bukan mencipta masalah. Mudahkan... jangan menyulitkan keadaan. Di mana ada muafakat, di situ ada penyelesaian!
ReplyDeleteisu kecil jangan dibesar-besarkan..tenang-tenang aja
ReplyDeleteBuang yang keruh ambil yang jernih...cuba nilai sesuatu permasalahan itu dari sudut positif dan bukannya negatif....
ReplyDeleteyang baik kita jadika teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.
ReplyDeletesetiap permasalahan ada penyelesaiannya. sentiasa berfikiran positif...
ReplyDeleteTahniah Guru Besar SK Seri Pristina. Anda tegas menjalankan tugas.Teruskan usaha anda yang penting anak-anak bangsa. Jangan politikkan semua isu di sekolah. Ibu bapa harus menyokong tindakan Guru Besar ini.
ReplyDeleteSeseorang yang optimis akan melihat adanya kesempatan dalam setiap masalah, sedangkan orang pesimis melihat malapetaka dalam setiap kesempatan..Pemuafakatan membawa perdamaian..
ReplyDeleteJangan mudah menerima sesuatu perkara tanpa mengetahui kebenarannya...
ReplyDeleteKebanggaan yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali setiap kali kita jatuh...Yakin Betul...
ReplyDeleteperdamaian tidak dpt dijaga dgn kekuatan ttp hal ini hanya dpt diraih dgn pengertian..
ReplyDeleteOpen up good communication lines among the stakeholders. Don't jeopardize the future of our children. Have a clear insight of the real situation before jumping into the wrong conclusions.We are Malaysians and we have been together for decades. Bear in mind to move forward and stay united. Always have and always will.
ReplyDeletetahniah...Tuan Timb Menteri yang telah dapat menyelesaikan masalah..TQ
ReplyDeleteMasyarakat warga pendidik dari golongan pengurusan pentadbiran kpm.jpn.malahan ppd.warga pelaksana kelangsungan tamadun negara yang hebat iaitu guru.amat malang sekali bg sejarah pendidikan kita ini apabila kita yakin tiada seorang pun antara kita yang terlintas untuk menganaktirikan sesiapun yang berada dlm sistem pendidikan.tanpa kita diberi ruang menjelaskan. Satu rakaman yang bersifat prejudis dipaparkan.kita ditohmah tanpa melihat kewarasan tindakan itu.amat sedih kerana isu yang sebegini pun ia dijadikan permainan politik sempit sesetengah pihak yang ketandusan isu utk dibangkitkan bagi menagih simpati rakyat.
ReplyDeleteTeruskan perjuangan membina negara bangsa. Ketepikan isu-isu remeh yang sengaja diperbesarkan dan boleh membantutkan hasrat wawasan 2020. Tahniah KPM
ReplyDeleteJangan mudah terpedaya dengan pandangan mata....Cari dan selidik sebelum membuat tindakan...
ReplyDeleteMuafakat membawa berkat
ReplyDeleteTiada masalah yg tidak dapat diselesaikan. muhassabah diri dan sentiasa bertawakkal. jgn lupa bersyukurlah dengan segala yg berlaku, kerana ada hikmah di sebaliknya.
ReplyDeleteHarap semua pihak dapat selesaikan dengan cara berhemah...jangan emosional..
ReplyDeleteMuhasabah diri sentiasa
testing Comment
ReplyDeletealhamdulillah selesai..
ReplyDeleteBersyukurlah menikmati keamanan di negara ini..perlu bersatu hati..rakyat malaysia tidak sukakan perpecahan...
ReplyDeletejgn besarkan sgt isu ini...kan lebih baik kita bawa berbincang. setiap kaum perlu bertolak ansur jika ada kesilapan org lain. Ikatan perpaduan akan lebih erat kalau kita tidak bertindak mengikut emosi...
ReplyDeletejgn besarkan sgt isu ini...kan lebih baik kita bawa berbincang. setiap kaum perlu bertolak ansur jika ada kesilapan org lain. Ikatan perpaduan akan lebih erat kalau kita tidak bertindak mengikut emosi...
ReplyDelete